Friday, April 09, 2010

Petua Dari Seberang

semalam kami dikunjungi seorang rakan sekerja yg kami kenali sewaktu training di Batam. Sudah lebih kurang 3 tahun kami x berjumpa, cuma bercakap di telefon & berbalas email kerja sahaja.

wahhh.. mbak nurli makin slim la.. saya saja yg makin 'sihat'. sembang punya sembang, kami bertanya pada mbak nurli macam mana dia boleh slim camtu..

mbak nurli mmg tak lokek, mudah saja berkongsi rahsia dia. katanya pertama sekali mesti disiplin tinggi. yg kedua, bila bangun pagi mesti minum air suam sekurang²nya 1 liter. perghhhhhh... boleh ke eh saya amalkan?? hihihihi.. takpe, saya akan cuba..

yg ketiga, amalkan minum jus tomato + carrot + epal, 15 minit sebelum makan, untuk setiap waktu makan ye.. alamakkk.. boleh telan ke semua tu? hmmm.. yg ni pun saya mesti cuba. kat sini saya tepek resepi yg dikongsi oleh mbak nurli. marilah sama² kita mendapatkan manfaat darinya..

Jus Diet

2 biji tomato
1 batang lobak merah
1 biji epal hijau

kisarkan menjadi jus, kemudian tambahkan madu. ingat ye.. sila jangan pakai gula, kalau nak gula jugak pakai gula batu..

lepas tu, silalah minum jus itu 15 minit setiap kali sebelum makan.

owh, dan petua ke-4, ambil makan malam sebelum pukul 6 ptg. haaa.. yg ni saya cam x sure la pulak.. sebab selalu blk kerja pukul 6 lebih² baru sampai rumah. mmg confirm la makan lepas pukul 6.. nanti nak kena fikir ni, macam mana nak adjust waktu makan malam tu..

fyi ya.. saya ni nak kena turunkan 20 kg utk mendapat berat badan ideal. gila, banyak tu kan.. saya kena kerja keras ni. saya boleh!!!

5 comments:

YatieJay said...

Yakin Boleh! Heheee...

Hernee Nazir said...

perghhh kalo blh wat ni..cnfirm suar jeans lame leh pkai lg..hernee pn dh kegemukan ni kak jannah..

beba said...

mmg btol2 kena berdisiplin tinggi ni kalau nak buat diet camni..kalau orang cam saya mmg tak jadi..hehee.. :D

UNAI said...

saya pun kene turunkan dlam 20kg jugak.. gulp!!

Mummy Dasy said...

caiyok kak..sama2 ah kite :)