Thursday, April 15, 2010

Hari Ini 7 Minit Sahaja

Bergerak dari rumah mak lepas hantar nawfal jam 7.45 pg..

Tiba di gate tempat kerja jam 7.52 pg..

Friday, April 09, 2010

Petua Dari Seberang

semalam kami dikunjungi seorang rakan sekerja yg kami kenali sewaktu training di Batam. Sudah lebih kurang 3 tahun kami x berjumpa, cuma bercakap di telefon & berbalas email kerja sahaja.

wahhh.. mbak nurli makin slim la.. saya saja yg makin 'sihat'. sembang punya sembang, kami bertanya pada mbak nurli macam mana dia boleh slim camtu..

mbak nurli mmg tak lokek, mudah saja berkongsi rahsia dia. katanya pertama sekali mesti disiplin tinggi. yg kedua, bila bangun pagi mesti minum air suam sekurang²nya 1 liter. perghhhhhh... boleh ke eh saya amalkan?? hihihihi.. takpe, saya akan cuba..

yg ketiga, amalkan minum jus tomato + carrot + epal, 15 minit sebelum makan, untuk setiap waktu makan ye.. alamakkk.. boleh telan ke semua tu? hmmm.. yg ni pun saya mesti cuba. kat sini saya tepek resepi yg dikongsi oleh mbak nurli. marilah sama² kita mendapatkan manfaat darinya..

Jus Diet

2 biji tomato
1 batang lobak merah
1 biji epal hijau

kisarkan menjadi jus, kemudian tambahkan madu. ingat ye.. sila jangan pakai gula, kalau nak gula jugak pakai gula batu..

lepas tu, silalah minum jus itu 15 minit setiap kali sebelum makan.

owh, dan petua ke-4, ambil makan malam sebelum pukul 6 ptg. haaa.. yg ni saya cam x sure la pulak.. sebab selalu blk kerja pukul 6 lebih² baru sampai rumah. mmg confirm la makan lepas pukul 6.. nanti nak kena fikir ni, macam mana nak adjust waktu makan malam tu..

fyi ya.. saya ni nak kena turunkan 20 kg utk mendapat berat badan ideal. gila, banyak tu kan.. saya kena kerja keras ni. saya boleh!!!

Wednesday, April 07, 2010

Makan Besar!!

Hahahaha..

Takde lah besar mana pun... Well, duit lebih yg saya dapat hujung bulan lepas tu dah selamat saya kongsikan anak beranak..

Lepas dah setelkan hutang piutang, rembat barang² kehendak sikit, tarik bawa masuk kat dalam akaun simpanan sikit, bagi bonus jugak kat mak, abah, mak mertua sikit, dapat la kat saya sendiri pon sikit.. Alhamdulillah..

Jadi yang lebih² tu saya gunalah buat belanja kaum kerabat saya makan.. Pagi sabtu saya ajak mak & abah keluar pegi pasar kat perling, cari bahan² utk masak makan tghari tu. Memang dah lama plan nak masak² berjemaah kat rumah saya pulak. Selalu tu asik jemaah masak kat rumah mak aje.. Sian mak, abis serak² rumah mak. Kali ni selerak rumah saya pulak.

Balik dari pasar, apa lagi.. Kelentang kelentung la kami adik beradik kat dapur.. Huhh.. ramai sungguh pembantu saya hari tu. Adik saya & isteri dia yg kat sebelah rumah pon saya jadikan pembantu.. Oleh kerana dapur saya rumah saya tu ciput sangat, x boleh la nak duduk ramai² dalam dapur. Maka, kami pun buat la sistem gilir²..

Adik lelaki saya jadi tukar panggang ayam, awal² saya pesan suruh masak kat rumah dia.. hahahaha.. takut x sempat nk masak kat rumah saya. Nasib baik la sebelah pintu jek. Sonang kojo den.. Enam orang tukang masak hari tu.. Terpaksa amik turn, sebab dua orang jek yg boleh duduk kat dapur pada satu masa.. Tu pon dah berlaga² vontot..

pung.. pang.. pung.. pang..

Pukul 1 lebih siap masak.. Tinggal tunggu mak & abah datang makan je.. Masing² perut dah keroncong. Sempat zohor, mak x sampai² lagi.. Sempat pula saya ber'mukabuku'.. siap upload gambo makanan kat fb tu.. Pun.. masih x sampai² lagi tetamu kehormat kami.. Nawfal dgn Dira sampai tertidur dah.. Last² dekat pukul 3 baru mak datang.. Tu pon siap bawak escort. Abis di angkutnya jiran kami, tok yah ngan uteh datang sekali.. Ai tak kisah do.. ramai² lagi meriah.. hahahaha..

Haa.. ni lah antara hidangan makan tghari kami masa hari sabtu hari tu..









Tu separuh je yek tuan² & puan².. Ada lagi hidangan yg tak diambil gambarnya..

Lauk ikan merah singgang untuk Nawfal & Dira..

Ulam²..

Dan sotong goreng tepung yg adik saya buat.. (yg ni xde gambo sbb dah tinggal separuh, tak sampai hati nak snap.. Dah lapar tunggu mak abah x sampai², laju jek tangan masing² sambar sotong dalam pinggan)

hambek.. panjang lebar penerangan. hahahahah...

well, itulah saja cerita makan² di hari sabtu.. (hasil duit bonus).. erkkk... Alhamdulillah..