Thursday, May 02, 2013

Ayam Masak Kicap Untuk Nawfal


Bahan-bahan
- ayam
- serbuk kunyit
- kentang, dihiris nipis dan digoreng
- kicap
- halia
- bawang putih
- bawang merah
- rempah tumis 5 beradik (kulit kayu manis, buah pekak, bunga cengkih, bunga lawang, lada sulah)
- lada kecik (nama formalnya cili api, kami je yg panggil lada kecik)
- limau sambal (limau kasturi la tu..)
- garam
- sedikit air panas

Cara-cara memasak
- perap ayam dengan kunyit & garam, goreng separuh masak
- hiris halia, bawang putih, bawang merah
- panaskan minyak masak, masukkan rempah tumis & bahan-bahan hiris
- tumis sampai naik bau
- masukkan kicap, sedikit air panas, perahkan limau kasturi, perasakan dengan sedikit garam
- masukkan ayam yg dah di goreng
- masak lah sampai kuah kicap meresap dalam daging ayam... masukkan kentang yang dah digoreng... last campakkan lada yg dihiris hujungnya.. siap!!! lada tu buat ada-ada je, bukannya nawfal makan pun lada tu...

haaa.... dah siap pun ayam masak kicap untuk nawfal. ni lauk yg nawfal mintak saya masak hari isnin lepas. untung semua barang dah ada kat rumah. tinggal campak-campak jek ke dalam kuali. tak sampai 15minit dah siap.. dah lapar sangat.. tu la.. kat rumah nenek sibuk main je, tak ingat nak makan langsung. bila balik rumah baru nak rasa lapar. nasib la maknya ni ada rajin sikit masa tu.. kalau tak turun semula pergi makan kat rumah nenek jek.. muahahahahaha....

Tuesday, April 09, 2013

seorang abang

Assalamualaikum..

Lama dah tak cerita pasal abang nawfal. Dah masuk 4 bulan abang sekolah. Alhamdulillah banyak dah kemajuan. Makin mudah diurus. Makin rajin buat kerja sekolah. Makin cerdik. Sekarang ni hobi abang ialah mengaji dan menghafaz doa2 harian. Dah banyak jugak la doa yang abang dah hafaz. Syukur sangat2 anak ummi terang hati mudah terima ilmu yang cikgunya ajar disekolah.

Kadang2 kat rumah waktu main2 tu mulutnya tak henti mengaji dan hafaz doa. Kadang bila tengok macam kelakar pun ada. Cuma ummi kena rajin la nak dengar dan betulkan sebutan dan tajwidnya. Maklum la budak2 belajarnya cara menghafaz kan....

Sejak ada adik ni ada jugak la sikit perubahan perangai si abang ni. Mula2 perasan waktu hari pertama balik ke rumah. Apa2 yang dia nak mesti dia minta dgn ummi, walaupun masa tu abah dia ada dan tengah tak buat apa2. Nampak macam saja nak tarik perhatian ummi. Kesian jugak kat dia. Dah la ummi tengah berpantang pergerakan terbatas, lepas tu sibuk uruskan adiknya pulak. Memang banyak kali jugak la terpaksa pass kat abah suruh layan abang.

Abahnya pulak masih belum berani lagi nak uruskan adiknya. Jadi abah kena la ambil alih melayan abang sepenuh masa. Dengan kerja2 rumah lagi.. masak untuk ummi lagi.. kesian abah. Berpantang kat rumah sendiri macam tu lah.. nasib baik abah cuti lama. Dapat la uruskan anak isteri sepenuh masa.

Sekarang ni kami 3 beranak dah pindah melepak rumah nenek pulak sebab abah dah naik kerja. Mummy dengan nenek pulak yang amik alih layan abang. Ummi pun dah sihat sikit. Dapat la siap2kan abang pagi2 pergi sekolah. Alhamdulillah..

Dengan leha pulak.. owhh.. abang ini sangat sayang adiknya. Maklum la.. dah bertahun2 mintak nak adik. Tak sabar2 nak suruh adiknya besar nak ajak main gusti. Hahaha.. sabar la bang. Gusti la dengan abah dulu. Nanti adik dah besar haa.. gusti la dengan adik tu. Tapi baik2 la sikit. Adik tu gegirl.. *wink*

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 bulan

Assalamualaikum..

Hari ni 9 April 2013.. sudah sebulan leha dilahirkan.. alhamdulillah.. leha sihat2 saja. Melalui tempoh sebulan dengan baiknya.

Owhh... nama sebenar leha pun dah didaftarkan. Nurul Nawra Safiyyah. Itulah nama diberi selepas ummi dengan abah mendapat persetujuan bersama.

Uihhh... ummi tak sabar nak tunggu habis berpantang. Lepas ni boleh la pergi meronggeng dengan leha.. hahaha..

Nanti sambung cerita lagi..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, March 18, 2013

kisah cik leha

Assalamualaikum..

Inilah cerita cik leha..

Selasa, 05 mac 2013

Ummi masih kerja. Belum ada tanda2 leha nak keluar. Cuma perut rasa tak selesa. Sakit bila leha gerak2.. sebab leha dah besar perut ummi pulak tak besar sangat. Jadi rasa penuh je. Bila leha gerak2 ummi rasa tak selesa. Pukul 10pg ada meeting. Masuk juga dalam meeting dgn perasaan tak selesa.

11 pagi.. errr.. memang dah rasa tak best sangat2. Duduk pon rasa tak selesa. Dah ada rasa sakit kat bawah perut. Tapi  sikit saja. Boleh tahan lagi kot. Keluar meeting pukul 12.30 terus rasa tak best. Nak jalan pon tak best. Tak jadi nak keluar makan dengan kawan2. Rasa nak balik rumah dah. Due pon 6 haribulan. Eh.. esok kan... Duduk depan laptop. Log in ke e-leave. Kawan2 yg lain semua dah pergi makan. Isi cuti emergency half day leave untuk 5 haribulan. Lepas tu isi maternity leave 2 bulan start 6 haribulan. Tak pe lah. Kali ni ambil cuti awal la. Sebab esok dah due date dah pon.  Karang email panjang2 dekat kawan2 berpesan2 pada semua yg akan ambil alih kerja ummi utk 2 bulan. Hantar email dekat bos. Setel semua kemas2 shutdown laptop bungkus masuk dalam beg kunci laci semua pergi clock out terus balik rumah.

Petang. Sakit dah hilang. Ok lega. Rehat2 je la kat rumah. Semalamnya masa last check up kat klinik desa misi ada pesan, kalau sampai 6 haribulan tak bersalin lg start 7 haribulan kena pergi check up jantung baby tiap2 hari sampai 10 haribulan. 11 pulak kena jumpa doktor kat kk gelang patah. Nanti doktor yg akan advise. Ok tak pe. Esok due. Mungkin baby memang nak keluar on time kot.. sabar lg..

Rabu, 06 mac 2013

Masih menunggu. Belum ada tanda2 baby mak keluar. Melepak saja di rumah. Rasa sakit dah ada sikit2 tapi sakit cuma datang dan pergi. Oh, belum lagi ni. Apa pon hati tetap risau. Kenapa belum lagi.. dah sampai due date ni. Risau sebenarnya. Walaupon misi dah bagi tempoh sampai 11 haribulan. Rasa macam.. ahhh.. tak bestnya. Sungguh. Penantian tu satu penyeksaan.

Khamis, 07 mac 2013

Pagi2 bangun pergi klinik. Check janyung baby. Alhamdulillah... normal. Balik rumah risau lg. Kenapa masih belum ada tanda2 baby nak keluar ni. Sakit masih datang dan pergi. Sabar saja di dalam hati. Ini namanya contraction tipu2. Sampai ke malam masih menunggu andai ada tanda2 itu. Masih tak ada.

Jumaat, 08 mac 2013

Bangun pagi ada spot merah. Hati berdebar2. Ini ke tandanya? Eh, tapi belum ada rasa sakit. Mungkin dah dekat. Lagi sekali pergi klinik check jantung baby. Masih tak ada rasa sakit yg betul2. Bagitau misi. Misi buay remark dalam buku merah. Blood show. Pesannya.. itu antara tanda2 dah makin hampir. Bila rasa sakit terus pergi hospital. Tak perlu tunggu sakit kuat. Lagipon dah overdue. Baikkk!! Tunggu lagi sampai malam.masih tak sakit2. Masih tidur dengan lena. Memang belum masa agaknya.. pujuk hati sendiri.

Sabtu, 09 mac

Bangun pagi dengan blood show sekali lagi. Pukul 9 pagi misi datang rumah chexk jantung baby. Normal alhamdulillah. Masa tu dah mula rasa sakit selang setengah jam. Tapi hati masih tak yakin. Ditinggalkan oleh misi dengan pesanan yg sama macam semalam. Baik misi. Dalam hati tetap nak tunggu rasa sakit yg betul2 meyakinkan.

Tengahari. Kami anak beranak tengah lepak2 kat rumah. Belum makan tengahari lagi. Tiba2 perut rasa sakit. Eh makin kerap sakitnya. Duduk termenung. Layan sakit sambil tegok jam. Selang 10 minit. Ok... hati rasa yakin. Sudah tiba masanya. Bangun. Ajak suami pergi makan kat simpang. Cakap kat dia perut lapar.. jom pergi makan kat simpang ciq.. lepas tu kita terus pergi hospital. Suami tak banyak cerita. Terus bangun siap2 angkat beg bawak masuk dalam kereta.

Sampai simpang tengok ikan keli sambal. Sedapnya. Ambil nasi ikan keli dgn pucuk ubi masak lemak. Sambil suap nawfal makan sambil layan sakit yg datang selang 5 minit. Tapi masih ditahan2kan. Tak cakap pon dgn suami. Takut die panik lagi. Macam yg dulu. Siap makan hantar nawfal pergi rumah mak. Bagitau mak kitorang nak pergi hospital. Mak kasi minum air. Lepas tu terus pergi hospital.

Sampai hospital pukul 3 lebih. Bawak ic buku merah dgn kain batik terus tuju bilik saringan. Sampai kaunter letak buku merah. Misi tanya kenapa datang. Bagitau misi keluar darah dan sakit selang 5 minit. Misi suruh tukar kain batik. Tak sampai 2 minit tunggu dah kena panggil masuk. Doktor cek bukaan. Doktor cakap jalan dah bukak 3cm lebih. Dekat 4. Doktor kata dia squeeze (apa tah tak paham..dia cakap kat nurse) sampai 4cm.

Sambil tu buat ctg. Lepas 1 minit doktor datang lg. Seluk lagi. Ok dah buka 4cm. Doktor suruh nurse call labour tanya bilik kosong. Misi kata ada kosong bilik no 10. Doktor kata dia nak pecahkan air ketuban lepas tu terus masuk labour room. Baiklah doktor. Tepat pukul 4 masuk labour room no 10.

Pasang ctg sambil layan contraction yg datang dan pergi tak sampai 5 minit sekali. Mata tak lepas jeling2 jam yg ada atas kepala. 1 jam berlalu. Masih belum sampai 10cm. 2 jam berlalu.. masih sakit2 sampai mengeliat. Misi masuk. Tgk ctg. Terus keluar panggil doktor. Doktor datang suruh mengiring. Doktor cakap graf jantung baby tak cantik. Dah tak nampak jam sebab kena mengiring ke kiri. Lepas tu dah tak layan apa2 pon sebab sibuk layan sakit. Doktor cek jalan. 8cm. Alih2 dengar doktor cakap2 dgn suami. Jantung baby. Tak cantik. Lemas. Heartbeat drop ke 110. Operate. Ceaser. Hahhhhh???? Mata terus segar sekejap.

Jangan. Jangan operate. Saya cuba teran. Ok. Saya cuba tapi tak boleh. Doktor bagitau nak bantu dengan vacuum. Ok. Apa2 je tapi jangan operate. Saya takut. Doktor masukkan vacuum. Suruh saya teran panjang2. Baikkkk... akhirnya tepat jam 1902 keluar la cik leha dengan bantuan vacuum. Alhamdulillah berjaya keluarkan leha dengan sokongan dari doktor bidan dam nurse yang sangat ramai dalam bilik no 10 tu. Terima kasih semua. Terima kasih suami yg sentiasa menunggu sepanjang menahan sakit sepanjang 3 jam itu. Love u till death..

Bila leha dah keluar alhamdulillah.. leganya rasa. Doktor letak leha atas perut. Leha dongak tengok muka saya. Saya bagi salam kat leha terus leha jerit2 nangis. Alhamdulillah...

Doktor angkat dan tunjuk leha dekat2 dengan saya. Alhamdulillah... saya dapat anak perempuan. Syukurnya. Dah ada sepasang.. doktor bawak leha keluar untuk bantuan oksigen sebab tadi leha hampir2 lemas di dalam perut. Suami bagitau tak sampai 10 minit dibantu oksigen leha dah sihat. Owhhhh...leha saja2 buat gempak.. buat2 lemas masa 8cm. Saje mahu dibantu dengan vacuum.

Apa2 pun saya syukur leha sihat. Tak banyak meragam. Tak banyak menangis. Hari ke 3 dah tanggal tali pusat. Tak ada kuning. Tak ada masalah menyusu badan. Rezeki susu untuk leha pon alhamdulillah... semoga Allah sentiasa berkati.

Gitulah cerita cik leha...

-JaNnAh-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, March 14, 2013

and the journey begins...

Alhamdulillah...rezeki untuk cik leha...pagi ni sesi mengepam selama 15 minit ummi dapat penuhkan botol ke 4 & ke 5.. semoga perjalanan penyusuan eksklusif untuk cik leha dipermudahkan Allah... insyaAllah..

-JaNnAh-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, March 11, 2013

aduh saleha...

Assalamualaikum... inilah kisah saleha...

Pada suatu malam...

Ummi : abg..nanti kalau adik abg baby girl kita nak bagi nama apa ye bang? Ermmm... nurul... nurul apa eh...
Nawfal : emmmm...ha ummi..nawfal tau...kita bagi dia nama nurul saleha..boleh ummi? Sedapkan nama nurul saleha..
Ummi : (macam nak tergelak, tapi tak baik kan?) Ermmm...sedap jugak nama saleha tu... (senyum simpul jek la ummi)

Maka dari kisah itulah asalnya nama saleha menjadi sebutan...dari rumah ke pejabat...semua orang dah tau kisah nama saleha... tapi... betul ke nak beri nama nurul saleha tu? Macam kehendak abangnya? Confuse ni.. semalam nenek cakap, letak la nama apa pun nak letak lepas tu hujung tu bubuh "@" saleha... hahhhh??? Kena macam tu ke? Tak mau la.. xpe la... xpayah macam tu... kekalkan saje nama saleha tu sebagai nama panggilan... nama sebenar??? Tungguuu....

Akan menyusul kisah kelahiran si leha ni pulak nanti ye... assalamualaikum..

-JaNnAh-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, January 07, 2013

Minggu ke Dua

Ok, minggu ni masuk minggu kedua persekolahan. Pagi2 tadi kejut Nawfal dalam pukul 6 lebih. Alhamdulillah senang je bangunnya, tak banyak karenah.

Bila di suruh bukak baju, terus buka lepas tu terus hantar kat dapur masukkan dalam washing machine... ei.. pandainya... sayang la Nawfal!!

Tapi tu la, bila masuk bilik air je dia terus tanya "ummi, kenapa hari ni tak cuti lagi ummi?" Hahahahahaha...

Dah mula rasa letih la tu nak bangun pagi2... Cakap kat Nawfal, "kan semalam dah cuti, 2 hari pulak tu. Cukup la.." Ingat dah ok, eh..menjawab lagi... "eh, bukan ke sekolah 2 hari cuti 5 hari?"

kah kah kah... okeh... suka2 hati kamu ye nak... Nak ditukarnya pulak.. Habis diterbalikkan... Ada ke cuti 5 hari sekolah 2 hari jek?? Tapi kalau cenggitu ummi pon suka jugak la, kerja 2 hari lepas tu cuti 5 hari!! Best gila!!

Nawfal... Nawfal... dah la.. ummi pon kena kerja jugak hari ni sebab ummi pon dah cuti 2 hari kan? Reasonable enough??? haaaa... lepas tu terus diam. Paling tak tahan, agaknya sambil nak sedapkan hati sendiri lepas siap mandi Nawfal cakap, "emmmm.. bestnya dah mandi, segar je rasa badan..." hahahaha hadoi... anak aku nih... rasa nak lempang2 je... mulut dia!!! ish...

Wednesday, January 02, 2013

hari pertama..

Hari ni hari pertama nawfal pergi sekolah..alhamdulillah..tak ada masalah nak kejut bangun pagi..bagus anak ummi...tapi tu la, bila dah siap mata mengantuk lagi. Sempat pulak dia landing sekejap kat sofa..hahahah kelakar la... tadi masa turunkan kat sekolah pun tak menangis... sesungguhnya memang tak ada hijab atas doa ibu untuk anaknya. Semoga anak ummi jadi anak bijak & soleh. Amin..

-JaNnAh-

Published with Blogger-droid v2.0.9