Bahan-bahan
- ayam
- serbuk kunyit
- kentang, dihiris nipis dan digoreng
- kicap
- halia
- bawang putih
- bawang merah
- rempah tumis 5 beradik (kulit kayu manis, buah pekak, bunga cengkih, bunga lawang, lada sulah)
- lada kecik (nama formalnya cili api, kami je yg panggil lada kecik)
- limau sambal (limau kasturi la tu..)
- garam
- sedikit air panas
Cara-cara memasak
- perap ayam dengan kunyit & garam, goreng separuh masak
- hiris halia, bawang putih, bawang merah
- panaskan minyak masak, masukkan rempah tumis & bahan-bahan hiris
- tumis sampai naik bau
- masukkan kicap, sedikit air panas, perahkan limau kasturi, perasakan dengan sedikit garam
- masukkan ayam yg dah di goreng
- masak lah sampai kuah kicap meresap dalam daging ayam... masukkan kentang yang dah digoreng... last campakkan lada yg dihiris hujungnya.. siap!!! lada tu buat ada-ada je, bukannya nawfal makan pun lada tu...
haaa.... dah siap pun ayam masak kicap untuk nawfal. ni lauk yg nawfal mintak saya masak hari isnin lepas. untung semua barang dah ada kat rumah. tinggal campak-campak jek ke dalam kuali. tak sampai 15minit dah siap.. dah lapar sangat.. tu la.. kat rumah nenek sibuk main je, tak ingat nak makan langsung. bila balik rumah baru nak rasa lapar. nasib la maknya ni ada rajin sikit masa tu.. kalau tak turun semula pergi makan kat rumah nenek jek.. muahahahahaha....